Thursday 10 July 2014



TEMUDUGA PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)
ANJURAN JKR NEGERI SEMBILAN


Pada tanggal 10 Julai 2014, buat julung-julung kalinya telah berlangsung satu sesi Temuduga Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) anjuran JKR Negeri Sembilan. Temuduga PPT ini telah diadakan di Bilik Temuduga SUK Negeri Sembilan, Wisma Negeri dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. 

Seramai 11 orang calon yang terdiri daripada 8 orang staf Jabatan Kerja Raya, 1 orang staf Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, 1 orang staf Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan 1 orang staf Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah menghadiri temuduga tersebut. Senarai calon adalah seperti berikut:

a)      En. Jeffrizal Bin Baharudin
b)      Pn. Fauzaipah Binti Mukhtar
c)      Pn. Sharifah Binti Mohamed
d)      En. Muhammad Bin Ali
e)      En. Shahazman Bin Mohamed
f)       En. Azhar Bin Arifin
g)      En. Mohd Hashim Bin Mohd Tahir
h)      En. Masidi Bin Malek
i)        En. Baharin Bin Kasim
j)        En. Azlan Bin Abdul Rahman
k)      En. Izaini Bin Kasim

Manakala 5 orang Panel Penilai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran telah hadir bagi merealisasikan temuduga tersebut. Senarai panel berkenaan adalah seperti berikut:

a)      En. Mohd Mazlan Bin Mohamed
b)      En. Hashim Bin Taja Ariffin
c)      En. Sanusi Bin Shariff
d)      Pn. Khadijah Bt Isaak
e)      Pn. Norzanarita Eezan Bt Abdul Ghani

  
Adalah difahamkan bahawa mana-mana peserta yang berjaya mendapatkan pengiktirafan ini berpeluang untuk meningkatkan kerjaya masing-masing ke tahap yang lebih tinggi.